Gadis Ini Berjaya Turun 10kg Dengan Diet Rendah Kalori, Hanya Dengan 7 Langkah Ini. Mudah!

Sudah menjadi lumrah setiap wanita inginkan tubuh badan yang langsing, ramping dan menawan.

Namun begitu, ianya sukar untuk dimiliki lebih-lebih lagi bila terdapat banyak sangat makanan yang enak-enak di luar sana. Makin payah bila wanita itu memang jenis yang suka makan!

Apabila badan dah mula naik berat, terus jadi kelam-kabut dan terus cuba pelbagai jenis diet untuk turunkan berat badan itu balik. Pelbagai usaha dilakukan demi mendapatkan tubuh idaman.

Terdapat satu jenis diet di mana seseorang itu tidak perlu betul-betul ‘diet’ pun, tapi masih boleh makan cuma dengan cara yang berbeza.

1. Jangan skip sarapan

Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Tapi jangan la makan nasi lemak sampai 3 bungkus.

2. Say NO to makan malam

Maksud tak makan malam ni bukan tak boleh makan terus. Kalau nak makan berat sikit boleh makan sebelum pukul 8. Lepas pukul 8 makan untuk kunyah-kunyah sahaja… Macam apple hijau.

3. Say NO to minuman manis

Ingat tau. Jangan minum minuman manis. Satu gram gula memberi empat kilo kalori kepada tubuh manusia. Kalori dan gula yang tidak digunakanakan bertukar menjadi lemak di dalam tubuh kita. Akibatnya, boleh menyebabkan seseorang menjadi obes.

4. Say NO to ice

Yang ni betoi-betoi. Dulu admin kalau pergi kedai makan. Wajib order ais 1 cawan asing sebab seronok kunyah ais. Nikmat weh. Tapi semenjak berat badan dah naik. Buat sit up pun tak menjadi. Admin stop ambil ais. Serius weh menjadi. Perut kempis.

(Ada yang kata ais tak menggemukkan tapi Admin tak ambil ais untuk elak Admin tak minum minuman manis. Sebab dua-dua ni macam combo. Wajib. Sapa nak minum air sirap tak letak ais. So ni salah satu cara nak elak minuman manis.)

5. Minum teh hijau

Admin minum teh hijau tau. Jangan tambah gula ye. Memang teh hijau akan rasa pahit sikit. Teh hijau ni dia pertingkatkan pembakaran lemak.

6. Jangan Lupa Bersenam

Kena buat senaman sikit-sikit. Kalau rasa malas nak keluar rumah. Boleh tengok ja YouTube. Buat la zumba seorang seorang kat rumah. Kalau rumah dua tingkat, boleh buat aktiviti naik turun tangga. Tak payah lama-lama. Sekejap pon tak pe. Admin dulu rajin pergi zumba. Kadang-kadang 3 kali seminggu.

7. Cara kira kalori

Daily Calorie Requirements (DCR) = Nilai kalori yang diri anda perlukan apabila anda melakukan aktiviti fizikal

Basal Metabolic Rate (BMR) = Jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh kita semasa dalam keadaan rehat mengikut berat, tinggi dan umur (tanpa aktiviti fizikal).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *