5 Tips Ibu Dan Wanita Berkerjaya Urus Rumah

Menjadi ibu dan wanita bekerjaya memerlukan banyak pengorbanan. Tambahan pula apabila baru sahaja mendapat anak pertama. Mereka bertungkus lumus untuk memenuhi kehendak keluarga dan majikan mereka.

Di rumah mereka cuma ada masa yang singkat untuk melayan anak-anak dan suami. Mereka perlu mengemas rumah yang berselerak, membasuh baju, basuh pinggan dan melakukan pelbagai lagi kerja rumah yang sememangnya memenatkan.

Seandainya mempunyai pembantu rumah terasa ringan sedikit bebanan kerja. Namun banyak ibu bekerjaya lebih suka membuat kerja mereka sendiri. Mereka lebih puas apabila melakukan kerja rumah berbanding mengupah membantu rumah. Ada juga ibu bekerjaya ini tidak suka urusan mengemas rumah diserahkan kepada suami. Kata mereka suami yang menolong kadang kala tidak pandai melakukan kerja rumah berbanding wanita yang lebih kemas dan teratur cara mengemasnya.

Berikut ialah 5 tips bagaimana wanita bekerjaya boleh urus rumah dengan lebih teratur.

1. BELI BARANG MASAK SEMINGGU AWAL

Apabila hari minggu ibu bekerjaya boleh listkan senarai bahan masakan apa yang mahu dibeli untuk bekalan masak selama seminggu. Cara ini lebih mudah kerana mereka tidak perlu penat-penat lagi mahu fikir mahu masak apa selepas habis bekerja. Lagi bagus sekiranya bekalan masak yang dibeli itu dibahagikan di dalam bekas dan susun di dalam peti ais. Mudah nanti suami nak ‘trace’ makanan yang kita simpan dan masak.

2. CUCI PINGGAN SELEPAS MAKAN

Bab cuci pinggan atau pinggan mangguk boleh juga menjadi masalah kepada ibu bekerjaya apabila terlalu banyak pinggan berlonggok dalam sinki. Cara mudah supaya perkara ini tidak berlaku ialah dengan segera basuh pinggan selepas makan. Para suami juga tidak boleh berat tangan apabila nampak pinggan-mangkuk kotor dalam sinki.

3. GOSOK BAJU KERJA DAN ANAK-ANAK UNTUK SEMINGGU

Inilah kerja ibu bekerjaya yang tidak pernah habis. Jadi sebagai ibu bekerjaya pastikan anda gosok baju kerja dan baju anak-anak untuk stok selama seminggu. Jika tidak proses menggosok baju akan membuatkan anda menghabiskan banyak masa yang sepatutnya dihabiskan untuk perkara lain. Apabila tiba hari ahad anda boleh mulakan kerja menggosok sampai siap. Hari isnin hingga jumaat ialah waktu anda sibuk bekerja.

4. BASUH BAJU, LIPAT DAN SIDAI PADA WAKTU YANG SAMA. JANGAN TANGGUH!

Kebiasaannya apabila penat bekerja memang kita akan bertangguh untuk basuh baju yang berlonggok dalam rumah. Cara mudah ialah pergi sahaja ke kedai dobi seminggu sekali dan basuh kesemuanya sekaligus. Tapi pastikan stok pakaian anda banyak. Senang mahu bersilih ganti nanti. Jika anda berdisiplin basuh baju setiap hari itulah cara yang bagus. Jangan lupa ajak suami anda bantu sekali.

5. GOTONG ROYONG HUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA

Gotong-royong pada hujung minggu adalah aktiviti keluarga yang menyeronokkan dalam kehidupan berumahtangga. Seandainya anda suka melakukan aktiviti ini bersama keluarga lebih mudah dalam mengatur kehidupan keluarga. Jika anda mempunyai anak yang masih kecil pastikan itu bukan alasan untuk anda tidak bergotong-royong bersama suami isteri. Ibu bekerja memang superb, mereka boleh melakukan banyak tugasan dalam satu masa!

Sumber : http://www.audelabeauty.com/5-tips-ibu-dan-wanita-berkerjaya-urus-rumah/

Leave a Reply

Your email address will not be published.