Cara Buat Aiskrim Vanila Homemade Guna Blender. Sedap & Gebu

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanila)
  • 1 sudu kecil tepung jagung

*Bagi yang tak tahu, inilah contoh creamy vanilla dan ovalette. Boleh beli di kedai baking atau dekat pasar raya biasa pun selalunya ada.

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan

Mudah saja, mula-mula kita satukan semua bahan ni dalam sebuah bekas,Nak masukkan terus ke dalam blender pun boleh.

2. Blender

Kemudian, terus blend je sampai agak likat.

3. Sejukkan

Akhir sekali, masukkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan dalam freezer.

Lepas dah keras tu bolehlah makan.

Resepi Oleh: Puan Nur Halim
Blog: https://siraplimau.com/resepi-aiskrim-vanila-homemade-guna-blender/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *