5 Cara Mudah Pikat Hati Suami – Semua Isteri Perlu Amalkan

Dah cuba bermacam cara pikat hati suami tetapi gagal? Cuba tip kali ni bagaimana 5 cara mudah ni boleh bantu anda memikat semula hati suami dan ikat terus hati suami.

Orang cakap hati lelaki ni keras, tetapi ramai isteri tak tahu sebenarnya dalam hati lelaki ada taman. Ramai isteri cuba pikat hati suami dengan tarikan fizikal – menjaga tubuh, penampilan dan sebagainya.

Saya tak nafikan penjagaan luaran itu penting. Tak ada suami yang tak kembang kempis bila melihat isterinya tampil menarik dan cantik. Tetapi anda juga perlu ingat, hati suami juga perlu dijaga.


CARA MUDAH PIKAT HATI SUAMI MELALUI EMOSINYA

Bagaimana nak pikat hati suami, bukan sekadar luaran. Caranya ialah dengan merangsang emosi suami dengan tindakan, tingkah-laku dan layanan anda.

Berikut saya beri 5 cara mudah untuk anda pikat hati suami – setiap masa, setiap ketika.

1. MANJAKAN SUAMI SETIAP MASA

Ramai isteri yang manja dengan suami. Ini adalah lumrah sikap wanita. Semua wanita ingin dimanjakan. Tambahan lagi jika orang yang mereka sayang manjakan mereka – suami.

Tetapi ramai isteri yang lupa, lelaki juga ada keinginan untuk dimanjakan. Tak ramai yang tunjuk, tetapi lelaki sangat suka bila mereka dimanjakan pasangan mereka.

Suami anda juga begitu. Mungkin beliau tak pernah meminta, atau memberi ‘hint’ yang beliau ingin anda manjakan beliau. Tetapi sebenarnya dalam hati beliau, ingin sangat-sangat dimanjakan anda – isteri tersayang.

Jadi jangan teragak-agak, atau segan silu nak manjakan suami. Saya jamin beliau akan menghargainya dan bertambah sayang kepada anda dengan cara mudah pikat hati suami ni.

2. MASAK MASAKAN KEGEMARAN SUAMI

Petua orang tua-tua cakap kalau nak pikat suami, kenalah pandai memasak. Zaman sekarang ramai isteri, atau bakal isteri yang menganggap perkara ni remeh.

Tambahan pula berlambak kedai makanan yang sedap-sedap kat luar sana. Apa susah nak masak kan? Nak makan sedap, makan sahaja kat luar.

Ada sebab petua ni begitu terkenal dahulu kala, malah masih ada yang berpegang teguh kepada petua ni. Hakikatnya petua ni masih boleh diguna pakai. Dahulu, sekarang dan selamanya.

Sebenarnya, suami bukan kisah sangat masakan anda sedap atau tak. Sudah pasti masakan kat restoran 5 bintang dari Chef berstatus Michelin lebih sedap dari masakan anda.

Tetapi suami sebenarnya sangat menghargai usaha anda untuk menyediakan makanan buat beliau. Itulah yang buat hati suami cair dan bertambah sayang kepada isterinya.

Tambahan lagi jika anda masak makanan kegemaran beliau.

Satu tip yang ramai isteri tak tahu – makanan kegemaran suami adalah masakan ibunya. Benar, ini adalah fakta bukannya auta. Jadi anda perlu dapatkan resipi makanan kegemaran suami dari ibu mertua anda.

Ingat, sedap tak sedap lain cerita. Yang penting anda berusaha untuk menjaga makan minum suami sebaik yang mungkin.

3. CERITA MASALAH KEPADA SUAMI

Selalunya kaum wanita akan cerita masalah mereka kepada kawan baik, rakan sepejabat, adik beradik dan sebagainya – tetapi tak ramai yang akan cerita masalah kat suami. Kenapa ya?

Ini salah satu perkara yang sangat menghairankan saya. Kenapa sukar nak cerita masalah anda kat suami? Kenapa perlu pendam masalah anda? Takut suami bosan bila anda ceritakan masalah anda kat suami?

Tak pun. Tak ada suami yang akan bosan bila mendengar masalah isteri mereka. Yang buat suami bosan ialah apabila anda mengadu masalah anda kat orang lain.

Anda tahu kan lelaki ni ego mereka tinggi. Mereka ingin jadi ketua, pembimbing, jadi setiap kali anda luahkan masalah anda kat suami, secara automatik ego beliau akan meningkat.

Jadi tak perlu risau nak luahkan masalah anda kat suami. Saya jamin suami tak marah, dan beliau tak akan bosan mendengar masalah isteri tersayang beliau. Malah beliau lebih suka, dan akan rasa lebih rapat dengan isteri.

Jangan terkejut pula jika apabila anda amalkan petua ni, suami yang dulu sukar nak cerita masalah beliau kepada anda, akan mula meluahkan masalah beliau.

Ini adalah situasi ‘win and win’.

4. KURANGKAN MASA ANDA DENGAN ‘SMARTPHONE’

Sekarang ni zaman smartphone, dengan Internet di mana-mana. Tak seperti zaman Nokia 3310 dahulu, di mana mereka yang berkemampuan sahaja yang guna Internet kat telefon – itu pun hanya sambungan GPRS.

Faktor ini juga yang menyebabkan makin ramai pasangan lebih gemar menghabiskan masa dengan Smartphone mereka daripada meluangkan masa dengan pasangan.

Cuba anda perhatikan pasangan suami isteri yang makan di kedai makan. Adakah mereka berbual, melayan anak atau mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan memegang telefon bimbit mereka?

Saya rasa anda sendiri tahu jawapannya, kan?

Sangat rugi. Sudahlah drive jauh-jauh ke restoran nak makan makanan sedap. Masa berharga yang sepatutnya diluangkan bersama suami, keluarga dihabiskan di laman sosial.

Bersosial itu penting, laman sosial juga penting, itu saya tak nafikan – tambahan lagi bagi yang berniaga menggunakan laman sosial. Tetapi anda harus ingat, masa bersama suami lebih penting.

Agak-agak apa perasaan suami anda apabila beliau bawa anda ke restoran mahal, bayar untuk makan – tetapi masa tersebut anda habiskan dengan telefon bimbit.

Mungkin beliau hanya diam dan tak menegur anda. Tetapi percayalah, beliau akan memendam rasa tak puas hati beliau. Ya, kaum lelaki juga boleh pendam perasaan – macam kaum wanita.

Anda sendiri tahu apa akan jadi terhadap perasaan tak puas hati yang dipendam terlalu lama. Apabila meletup, banyak buruk dari baiknya.

Kurangkan masa anda dengan telefon tu, dan lebihkan masa bersama suami.

5. JANGAN SEKALI-KALI BANDINGKAN SUAMI DENGAN LELAKI LAIN

Kadang-kadang kita terlepas cakap dan membandingkan suami dengan lelaki lain.

Contohnya suami rakan sepejabat anda beli kereta baru yang anda minat, anda akan bercerita kepada suami. Suami rakan karib anda bawa keluarga bercuti ke tempat peranginan yang anda ingin nak pergi, anda cerita pada suami. Anda faham maksud saya.

Mungkin anda tak berniat pun nak membandingkan suami anda dengan suami rakan-rakan anda. Tetapi secara tak sedar suami akan terasa hati. Tercalar ego beliau.

Tambahan pula beliau sedang mengalami masalah kewangan dan tak mampu nak buat apa yang suami orang lain buat.

Tindakan membandingkan suami dengan lelaki lain adalah satu kanser yang sangat memudaratkan dalam hubungan suami isteri.

Anda juga mesti tak suka jika suami membandingkan anda dengan perempuan lain. Eh, cantiklah perempuan tu, body dia solid. Wow, pandai isteri si polan jaga kulit dia, licin. Apa perasaan anda jika suami buat perbandingan berikut. Sudah pasti anda terasa hati.

Begitu juga suami. Tambahan lagi ego lelaki ni tinggi dan mudah tergugat – terutama apabila isteri beliau sendiri yang mencucuk ego beliau.

Oleh itu selepas ini jangan sesekali membandingkan suami dengan lelaki lain. Anda berkahwin dengan suami anda kerana anda menerima beliau seadanya.

Betul anda ingin beliau berubah ke arah yang lebih baik, tetapi tidak semestinya perubahan beliau akan disebabkan oleh lelaki lain. Beliau mempunyai cara beliau sendiri. Apa yang perlu anda buat ialah beri sokongan kepada suami, bukan melemahkan semangat beliau.

5 Tip Ini Nampak Mudah Tetapi Berkesan

Tip cara mudah pikat hati suami yang saya beri ini nampak mudah, tetapi sangat berkesan untuk meningkatkan keintiman hubungan anda dan suami.

Jangan hanya menumpu kepada luaran sahaja untuk mengambil hati suami, emosi suami juga perlu dijaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published.