Super Fluffy Omelet, Memang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan

  • 5 biji putih telur
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu mentega ‘unsalted’
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • daun bawang (hiris halus)


Cara-cara

  1. Asingkan 3 biji telur kuning dan 5 biji telur putih ke dalam mangkuk yang berasingan. Pukul telur kuning sehingga menjadi pekat. Kemudian, letakkan putih telur ke dalam mangkuk yang lebih besar, pukul sehingga menjadi lebih pekat warna putihnya.
  2. Selepas itu, campurkan kuning telur tadi dengan putih telur dan kacau sehingga sebati. Tuangkan campuran telur ke dalam pan dengan menggunakan api yang sederhana sahaja. Biarkan ia masak selama 5 minit. 
  3. Setelah itu, angkat setiap isi telur secara perlahan dan letakkan mentega di bawahnya. Kemudian, tutup pan tersebut dan biarkan ia masak selama 5 minit lagi. Selepas itu, taburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Hidangkan di atas pinggan dan taburkan daun bawang. Siap!
  4. Anda boleh nikmati kelazatan Omelet ini dengan nasi putih panas-panas! Memang sedap! Kami kongsikan juga video untuk resepi ini. Selamat mencuba.


*Blog: Tasty.co
Youtube: https://youtu.be/dkxgy8CT_5A

Leave a Reply

Your email address will not be published.