Smiling girl in hijab covering her eyes with happiness in Dubai Marina

Susah Jaga Rambut Kerana Bertudung? Ini Tips Penjagaan Rambut Terbaik Untuk Wanita

Setiap wanita ingin memiliki rambut yang sihat termasuklah wanita yang bertudung. Apa tidaknya, walaupun anda bertudung hampir seharian, tidak semestinya rambut anda perlu dibiarkan tanpa penjagaan rapi.

Bila memakai tudung, tidak semestinya anda hanya perlu mengekalkan penjagaan luaran iaitu tudung. Penjagaan yang rapi seharusnya bermula dari dalam iaitu rambut anda.

Barulah bila pakai tudung, rambut tidak akan gugur, tak ada kelemumur, tidak berkutu dan sebagainya. Anda tidak akan selesa untuk pakai tudung seharian jika rambut anda tidak berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Ikuti tips penjagaan rambut yang begitu simple ini dan cuba untuk praktik di rumah. Tak susah pun!

1. UNTUK PEMILIHAN SHAMPOO, BOLEH GUNAKAN SHAMPOO JENIS MENTHOL JIKA ANDA MEMPUNYAI MASALAH KELEMUMUR

Anda boleh gunakan shampoo sebanyak dua atau tiga hari sekali pun sudah memadai.

2. CONDITIONER JUGA PERLU UNTUK MENGEKALKAN RAMBUT YANG SIHAT DAN LEMBUT

Untuk perapi rambut pula, anda jangan pakai sehingga terkena kulit kepala. Kerana ianya boleh menyebabkan rambut anda berminyak dan menyebabkan kelemumur. Perapi rambut boleh digunakan setiap hari untuk melembutkan rambut anda.

3. GUNAKAN SERUM KHAS UNTUK RAMBUT

Serum rambut juga perlu. Hanya sapukan pada bahagian rambut sahaja, kulit kepala tidak perlu. Ianya adalah bagi memberi vitamin untuk rambut anda tumbuh lebih sihat.

4. TONIC RAMBUT

Tonic rambut ini biasanya dipakai pada bahagian kulit kepala sahaja. Ianya bagus digunakan jika anda mempunyai masalah rambut gugur, kelemumur dan sebagainya. Fungsi tonic ini adalah untuk menguatkan akar rambut dan untuk tambah rambut yang baru. Boleh digunakan selepas mandi ketika rambut anda masih basah atau kering.

5. BOLEH KE SALON UNTUK MEMBUAT TREATMENT

Jika anda rajin, boleh juga cuba pergi ke salon untuk treatment scalp/hair. Disarankan untuk cari salon yang sesuai dan mengikut bajet anda, tak perlu mahal-mahal pun sebab sama je semua treatment di mana-mana salon.

Treatment untuk scalp adalah bagi mengurangkan masalah kelemumur dan rambut gugur. Manakala treatment rambut pula adalah mengurangkan masalah rambut kering dan kusut.

Ini pula merupakan tips tambahan untuk penjagaan awal rambut setiap wanita:

  1. Jangan sesekali ikat rambut terlalu ketat.
  2. Jika anda memakai tudung, jangan ikat rambut ketika rambut masih basah.
  3. Sikat rambut sambil duduk, untuk menyenangkan anda menyikat rambut.
  4. Sentiasa tukar anak tudung anda.
  5. Pakai tudung jenis fabrik yang ringan.
  6. Elak pakai minyak zaitun atau apa-apa jenis minyak yang akan menyebabkan rambut anda berbau dan berminyak.

NOTA: Rambut gugur adalah perkara normal untuk setiap manusia biasa. Namun, jika rambut anda semakin botak, boleh rujuk pakar rambut.

Blog: https://says.com/my/seismik/tips-penjagaan-rambut-untuk-wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published.