Daging Goreng Kunyit Menyengat

Bahan-bahan

  • Daging (potong ikut suka kecik ke besar)
  • 2 biji bawang besar (memang suka letak banyak)
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang cili merah
  • 2 batang cili hijau
  • 5 batang kacang buncis
  • 1 @ 2sdb serbuk kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak


Cara-cara

  1. Masukkan terus daging ke dalam kuali bersama serbuk kunyit. Tak perlu letak minyak, kacau sebati dan masak sampai daging empuk. Kalau tak empuk lagi boleh tambah air panas Masak sampai air dah betul betul kering.
  2. Kemudian masukkan minyak. Dalam ¾ sudu besar macam tu. Masak sekejap biar nampak garing garing sikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
  3. Dah garing boleh la masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah hijau, Kacang buncis saya masukkan last sekali.
  4. Kacau sebati. Ok dah siap.


* Blog: https://www.bidadari.my/resepi-daging-goreng-kunyit/

Leave a Reply

Your email address will not be published.