Biskut Almond London

Bahan-bahan A

  • 1 cawan buttercup
  • ¾ cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanilla


Bahan-Bahan B

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 3 sudu makan serbuk badam


Bahan-bahan C

  • 2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler
  • Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150’C selama 15 minit


Cara-cara

  1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
  2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1 biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
  3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
  4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
  5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.


*Blog: https://www.siinurul.com/2020/05/resepi-almond-london-mudah-sukatan-cawan.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.