Tips Masak Cepat : Khas Untuk Para Isteri Berkejaya

Salam.. Saya nak share pengalaman saya menguruskan ‘masakan petang’ dgn cepat. Saya faham 3 istilah utama dalam diri wanita bergelar isteri bekerja : PENAT + URUS ANAK + MASA…

PENAT : Of course penat. Seharian di pejabat, selepas balik dari kerja, kena fikirkan urusan membasuh baju, menyidai kain serta menyediakan keperluan anak untuk ke sekolah keesokan harinya

URUS ANAK : Terutama anak kecil lah kan.. kena sediakan makananan untuk dia, kena mandikan dan pakaikan baju tidur dan semestinya mengajar anak homework @ membantu dia mentelaah pelajaran bagi yang dah besar serta luangkan masa terutama dengan anak2 kecil..

MASA : Sangat suntuk. balik kerja dah sampai pukul 6@ 7 malam.. penat jangan cakap..nak masak lagi kan.

Cara saya sangat mudah dan simple walaupun saya hadapi ketiga2 keadaan di atas.. saya share ya tips-tips yang bermanfaat untuk semua.. semua ni saya buat untuk make sure saya dapat masak hari-hari menu untuk makan malam keluarga…

TIPS MASAK CEPAT 30 MINIT SAHAJA

1)

WAJIB beli semua barang masakan hari Sabtu @ Ahad. Yes.. sangat jimat masa dan semua barang ni akan disumbat dalam peti sejuk. Beli untuk masak seminggu ya.

2)

BAHAN UTAMA : sediakan bahan-bahan utama siap2 hari Sabtu @ Ahad bergantung bila kita beli bahan tu. Bahan utama yang selalu saya sediakan dan masukkan dalam peti sejuk ialah : Cili kering yang siap diblend bersama bawang merah , bahan perap yang siap di blend, bahan cili api yang siap ditumbuk (sebab ni menu utama suami suka), bahan untuk kari yang siap disediakan serta bahan untuk gulai lemak yang siap di blend.

3)

 WAJIB plan nak masak apa sejak weekend lagi. Saya bagi cth.

Hari Isnin : nasi goreng + sambal pedas. Nasi goreng biar anak pun boleh makan juga so senang dan mudah seisi keluarga boleh makan..

Hari Selasa : Masak cili padi ayam (bahan dah siap ditumbuk weekend) + sup sayur ayam (anak boleh makan) + masak nasi putih (2 minit dah siap)

Hari Rabu : Ayam bakar + bihun goreng untuk anak (bahan sangat simple just telur + sayur + daging ayam cincang) + ulam rebus

Hari Khamis : Masak Gulai lemak (bahan siap diblend) + ikan kukus (anak boleh makan) + sayur rebus

Hari Jumaat : Nasi lemak.

4)

Mudah kan menu saya ni.. Setiap kali saya masak saya cuma ambil masa setengah jam sahaja… sekejap je masak bila bahan-bahan siap tersedia. Tak caya, try buat. Pernah saya masak hanya 20 minit siap tambahan kalau bakar ikan + masak sayur.. 15 minit dah siap. Air asam untuk ikan bakar pula just blender smua bahan.. memang senang masak macam ni.. yang penting plan nak masak apa untuk seminggu dan masak yang simple dan mudah serta yang penting SIHAT sbb kita masak sendiri.

5)

Dan satu lagi tips kalau anak ganggu masa masak sedangkan tak ada cik husband di rumah (maybe balik lambat) : Sediakan ruang untuk dia juga masak.. Macam mana? Sedia tikar. bagi dia bahan-bahan mainan dalam bentuk seperti masakan. Sediakan kuali mainan dan dapur gas.. dorang pun enjoy.. Atau kadang-kadang kalau dah tak terkawal, saya masukkan baby saya berumur setahun 7 bulan tu dalam sinki (ada dua sinki). So saya letak tomato ke, kentang ke.. so dia main basuh2 sementara saya masak. lagipun saya masak dalam setengah jam dah siap. So sempatla sebelum dia mengamuk..

6)

Lupa satu lagi nak mention : Nak cepat masak, better ada oven (untuk mudah bakar ikan@daging) dan periuk membantu anda masak cepat seperti noxxa dan sebagainya.. tapi saya x de.. hihi.. malas nak guna. Saya masak mcm biasa atas api gas.

Ok.. selamat mencuba ya. Masaklah dari hati supaya kita ada keinginan untuk memasak hari2.. sambil masak jangan lupa berzikir kerana ada hikmah disebalik berzikir sambil memasak.. jangan menyanyi jee.. hehe..Makan luar tu better elakkan sebab tukang masak kedai sesungguhnya bukanlah seperti kita yang menjaga setiap aspek pemakanan anak kita. Sekali sekala boleh la tapi jangan amalkan… Salam sayang semua.. TQ

*Blog: https://www.drnurulhuda.com/2017/02/13/tips-masak-cepat-khas-untuk-para-isteri-bekerjaya/

Leave a Reply

Your email address will not be published.