Rakyat perlu hayati semangat kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Rakyat diseru supaya menghayati semangat kemerdekaan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia selari dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu Malaysia

Prihatin.

“Prihatinlah terhadap keluarga, sahabat, jiran, pekerja dan semua insan yang berada di sekeliling kita.

“Prihatin jugalah kepada tanah air kita. Jagalah kemerdekaannya, pertahankanlah kedaulatannya, peliharalah keamanannya. Insya Allah, tanah air kita yang tercinta ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat selamanya.

“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke-63 kepada anda semua,” katanya dalam Perutusan Khas di sini, malam ini.

Blog: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/726299/rakyat-perlu-hayati-semangat-kemerdekaan-pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *