
Ubi Keledek Rebus
Bahan-bahan
- 1 kg ubi keledek Jepun
- 1 sudu kecil garam
- Air
Cara-cara
- Cuci bersihkan ketulan ubi dengan menggosoknya di bawah air paip.
- Potong dua/tiga supaya mudah empuk.
- Masukkan ke dalam periuk bersama garam. Masukkan air sehingga menenggelamkan ubi.
- Tutup periuk dan rebus sehingga empuk, Kalau mengunakan kaedah biasa ia ambil masak dalam 20 minit. Kalau nak cepat boleh guna periuk Noxxa (periuk tekanan) – hanya ambil masa 6 minit jika memasak dengan high pressure.
- Bila empuk, tuskan dan biarkan suam sedikit sebelum dimakan.