
Wanita Hebat Malaysia Yang Terkenal Di Dunia Antarabangsa
Anita Yusof
Berasal dari Ipoh, Anita Yusof merupakan seorang pengembara yang mengembara mengelilingi dunia menggunakan motorsikal. Beliau juga tersenarai dalam Asia book of Records sebagai Wanita Pertama Yang Mengelilingi Dunia

Heidi Nazarudin
Sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai pelabur untuk mengejar cita-citanya sebagai fashion blogging. Hari ini, beliau memiliki The Ambitionista dan terkenal diserata dunia!

Shila Amzah
Penyanyi dari Malaysia ini telah mencipta nama sehingga menjadi popular di negara China. Beliau boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu, Inggeris dan juga Mandarin.

Zee Avi
Anak kelahiran Sarawak, Zee Avi merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, pemain gitar dan juga ukulele. Selain di Malaysia, Zee Avi juga mencipta nama di Amerika Syarikat. Zee Avi juga pernah menang Best Original Film Song pada 53rd Taipei Golden Horse Film Festival.

Felicia Yap
Dikenali menerusi novelnya yang bertajuk Yesterday, buku tulisan beliau telah menjadi hits seluruh dunia. Felicia merupakan graduan daripada Imperial College London dalam jurusan biokimia dan menghabiskan ijazah kedoktoran di Cambridge Universiti dalam bidang sejarah.

Christy Ng
Sebut sahaja nama Christy Ng, pasti ramai yang membayangkan handbag dan kasut yang sangat cantik. Kasut rekaannya sendiri telah mendapat tempat dihati peminat kasut bertumit tinggi serata dunia sejak daripada tahun 2010 lagi.

Sharifah Amani
Lakonan Sharifah Amani dalam filem Sepet bukan sahaja menarik perhatian penonton dalam negara malah diperingkat antarabangsa. Beliau banyak melibatkan diri dalam telemovie dan filem tempatan seperti Gubra dan Muallaf.Malah, Sharifah Amani juga pernah memenangi anugerah Pelakon Harapan Wanita pada Festival Filem Malaysia ke-18 dan juga Pelakon Wanita Terbaik pada FFM ke-19.

Sabariah Hussein
Wanita berusia 70 tahun ini pernah menjadi tular kerana telah memasakkan makanan kepada lebih 200 orang ketika bulan Ramadan. Dikenali dengan nama panggilan Sister Sabariah, beliau telah berpindah ke Kanada dan menetap disana.Beliau banyak membuat kerja-kerja amal tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Kiki Poh
Siapa sangka, wanita ini merupakan antara orang kuat yang menghasilkan filem Disney’s Cars 3 dan orang Malaysia pertama yang berkerja dengan Pixar! Selain filem Cars 3, Kiki Poh juga turut sama menghasilkan filem Toy Story 3, Monster University dan juga Inside Out.

Tan Hooi Ling
Daripada MyTeksi kepada GrabTaxi dan kini dikenali sebagai Grab, Tan Hooi Ling merupakan wanita disebalik perkhidmatan e-hailing terbesar di Asia Tenggara. Sebagai co-founder Grab bersama Anthony Tan, syarikatnya kini telah beroperasi di 7 buah negara.

Yuna
Penyanyi kelahiran Malaysia ini mula mencipta nama sejak dari tahun 2006 dan mula dikenali di Amerika Syarikat. Yuna bukan sahaja dilabel sebagai penyanyi bertaraf antarabangsa malah beliau juga berkolaborasi bersama penyanyi terkenal seperti Usher, Pharell Williams dan Jhene Aiko.

Raja Nadia Sabrina
Seorang peguam yang juga blogger dan usahawan, Raja Nadia Sabrina adalah orang penting disebalik jenama terkenal, Aere. Kejayaan jenama Aere telah membawa Raja Nadia Sabrina di Jakarta Fashion Week dan Dubai Modest Fashion Week.

Dr. Amalina Bakri
Mula dikenali selepas mendapat 17 A1 dalam SPM 2004, Amalina Bakri menyambung pengajiannya diluar negara dan berkhidmat sebagai pakar bedah di Imperial College Healthcare NHS Trust.Malah, Dr. Amalina juga sering memberikan syarahan umum di kebanyakkan universiti di luar negara.

Neelofa
Bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon dan model, Neelofa juga merupakan seorang usahawan yang tersenarai dalam Forbes sebagai Asia Top 30 ketika usianya bawah 30-an. Beliau membawa jenama Neelofar Hijab sehingga terjual di lebih 30 negara serata dunia, seperti Brunei, Australia dan lain-lain lagi. Bukan itu je, Neelofa juga menjadi duta kepada banyak produk terkemuka dunia seperti Swarovski Jewelry, Titan Jewelry, Lancome Cosmetics dan FashionValet

Datin Vivy Yusof
Memang tidak asing lagi, nama Vivy Yusof sememangnya dikenali bukan sahaja dalam negara, malah dengan jenamanya, FashionValet, beliau amat dikenali dirantau ini. Turut tersenarai dalam Forbes sebagai Asia Top 30 Under 30

Datuk Sri Siti Nurhaliza
Siapa je yang tak kenal dengan penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang ini. Selain menempa nama di Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan nama panggilan Tokti ini mula menembusi pasaran Indonesia sekitar 1998 dan membuat konsert solo pertama beliau seawal usia 20 tahun. Pada Disember 1999, Tokti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Asia Music Festival 1999 bagi anugerah tertinggi Asia New Singer Competition.The History Channel juga pernah menyiarkan dokumentari tentang kisah kehidupan Tokti.

Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali
Dilahirkan pada 12 Julai 1926 dan berasal dari Klang, Selangor. Beliau merupakan Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Tun Siti Hasmah merupakan idola ramai rakyat Malaysia. Umum mengetahui bahawa Hasmah mencintai muzik dan beliau kini masih aktif bermain biola.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Dilahirkan pada 3 Disember 1952 dan beliau merupakan Bekas Timbalan Perdana Menteri Wanita pertama di Malaysia serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Dilahirkan pada 27 Ogos 1947 berasal dari Johor Bahru. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (1 Mei 2000 – 28 April 2016). Beliau kini ialah Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.
