Ayam Masak Merah Sedap dan Mudah

Bahan bahan:

  • 1/2 ekor ayam – potong 6
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos cili Maggi atau secukupnya
  • 2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
  • 1/2 biji bawang besar Holland – hiris
  • Daun sup/daun bawang – tabur

Bahan kisar:

  • 1 1/2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih

Cara cara:

  • Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. 
  • panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak. 
  • Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata. 
  • Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 
  • Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng. 
  • Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

blog: https://www.aziekitchen.com/2018/06/ayam-masak-merah-sedap-dan-mudah.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *