
RESEPI KEROPOK LEKOR 3 BAHAN, SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN
- 10 ekor ikan kembung / selayang
- 2 cawan setengah tepung ubi
- 1 cawan tepung gandum
*Garam & Ajinomoto secukup rasa
CARA-CARA:
1.Kisar
- Kisar isi ikan mentah-mentah guna blender. Tidak perlu rebus
- Masukkan sekali sedikit garam, ajinomoto, dan air sejuk. Kisar sampai sebati.
CAMPURKAN TEPUNG
- Pindahkan bahan yang telah dikisar ke dalam satu bekas besar.Kemudian, masukkan pula 1 cawan tepung gandum dan 2 cawan setengah tepung ubi.
ULI & BENTUKKAN
- Gaulkan bahan kisar dengan tepung dan uli hingga ia menjadi doh.
- Bila dah jadi doh, bentukkan jadi panjang-panjang macam keropok lekor mentah yang biasa kita tengok di kedai tu.
REBUS
- Rebuskan keropok lekor yang telah dibentuk tadi dalam air yang dipanaskan.
- Jika sudah masak,keropok lekor akan timbul. Dah bolehlah angkat dan toskan
SEJUKKAN
- Sejukkan sekejap dan potong kecil-kecil ikut citarasa masing-masing.
SEDIA DIGORENG
- Panaskan minyak dan goreng.