Pakaian Yang Sesuai Digayakan Semasa Hari Raya

Semua sudah sedia maklum bahawa Hari Raya Aidil Adha merupakan satu perayaan yang dirayakan di seluruh dunia dan perayaan terbesar di dalam Islam selain Hari Raya Aidilfitri.  Di samping itu, Aidil Adha juga telah diberi gelaran sebagai hari raya haji dan hari Raya Korban. Aidil Adha adalah suatu perayaan yang cukup istimewa kerana ia merupakan hari untuk kita umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Dalam kesibukan umat Islam menghadapi kehidupan seharian, sudah pastinya kita tidak ketinggalan untuk membuat persediaan merayakan Hari yang istimewa ini. Adakah anda masih tidak tahu apa yang sesuai untuk dipakai atau digayakan pada hari raya Aidil Adha?

Berikut adalah antara beberapa jenis pakaian yang sesuai digayakan pada Aidil Adha ini :

_

LELAKI

JUBAH LELAKI

JUBAH

Jubah adalah pakaian yang sesuai dipakai pada hari raya Aidil Adha bersesuaian dengan sambutan meraikan kejayaan kaum muslim mengerjakan salah satu rukun islam iaitu ibadah Haji. Ia juga tampak lebih sopan tetapi masih mengekalkan gaya maskulin pada si pemakai.

Gambar oleh shopee

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

BAJU MELAYU TELUK BELANGA

Baju melayu teluk belanga atau lebih dikenali sebagai baju melayu leher bulat dan baju melayu johor adalah pakaian yang sesuai untuk Hari Raya Aidil Adha kerana lebih santai dan juga membuatkan si pemakai dapat bergerak dengan lebih mudah lebih-lebih lagi dalam turut serta dengan acara persembelihan binatang Korban.

Gambar oleh shopee

KURTA

KURTA

Kurta adalah lebih ringkas tapi masih melihatkan ciri-ciri lelaki muslim dan ianya sangat sesuai untuk digayakan pada hari raya Aidil Adha kerana selesa dan mudah. Kebanyakan lelaki akan memilih untuk menggayakan kurta pada perayaan ini.

Gambar oleh zalora

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

BAJU MELAYU CEKAK MUSANG

Tidak juga ketinggalan baju melayu cekak musang turut menjadi salah satu pilihan kaum lelaki pada Hari Raya Aidil Adha dan kebiasaannya ia dipakai ketika menziarahi sanak saudara mereka.

Gambar oleh zalora

WANITA

JUBAH WANITA

JUBAH

Pada kebiasaannya, jubah akan menjadi pilihan kaum hawa untuk digayakan pada hari raya ini kerana ia dapat menimbulkan ciri yang sopan santun pada pemakai dan ia tampak lebih santai berbanding baju-baju fesyen moden. Jubah A-Line atau princess cut kebiasaannya akan dikenakan. Selain itu, padanan warna yang tidak terlalu menyerlah atau terang dielakkan kerana tidak mahu kelihatan keterlaluan dan menghormati perayaan. Motif flora atau “plain” selalu menjadi pilihan mereka.

Gambar oleh shopee

BAJU KURUNG PAHANG

BAJU KURUNG PAHANG

Baju kurung Pahang adalah baju kurung yang sopan dengan adanya pesak pada badan justeru potongan badan tidak akan kelihatan terlampau menonjol. Baju ini menjadi pilihan kerana ia tampak lebih bergaya walaupun potongan badan tidak diserlahkan.

Gambar oleh malaysiagazette

BAJU KURUNG KEDAH

BAJU KURUNG KEDAH

Sama seperti baju kurung Pahang, baju kurung ini juga tidak menyerlahkan potongan badan dengan keterlaluan Cuma pada bahagian baju sedikit pendek ke paras peha pemakai. “loose dan mengekalkan keayuan pada pemakai.

Gambar oleh inhanna

BAJU KURUNG TRADISIONAL/ BAJU KURUNG BIASA

BAJU KURUNG TRADISIONAL/ BAJU KURUNG BIASA

Kebanyakan wanita dan juga gadis melayu lebih gemar memilih baju kurung biasa kerna lebih mudah, sopan serta boleh tampil anggun walaupun berbaju kurung biasa. Baju ini dapat menimbulkan dan menyerlahkan lagi aura gadis melayu serta cukup sopan digayakan pada hari raya Aidiladha.

Gambar oleh dyana

Walau apa baju sekalipun yang digayakan pada hari raya Aidiladha, hendaklah kita sama-sama menyambut perayaan ini secara bersederhana dan apa yang terpenting menjelang hari raya adalah kesepaduan dan permuafakatan kita sesama muslim. Semoga setiap apa yang kita lakukan akan diterima dan di redhai yang Maha Esa. Insya-Allah.

Blog: https://blog.my-baju.net/archives/643/pakaian-yang-sesuai-digayakan-semasa-hari-raya-haji/

Leave a Reply

Your email address will not be published.