9 Tip Fesyen Khas Buat Wanita Cepat Berpeluh

Berpeluh itu menyihatkan, namun ia akan menyukarkan kamu untuk bergaya jika tubuhmu jenis cepat berpeluh…

1. PAKAI PAKAIAN LONGGAR

Lagi longgar, lagi bagus. Semakin kurang fabrik yang menyentuh tubuh, semakin selesa anda akan rasa. Percaya atau tidak, flowy maxi dress sebenarnya akan buatkan kamu berasa lebih sejuk daripada memakai seluar pendek dan top ketat.

2. SKIP PADDED BRA

Bra dengan pad tiga inci + cuaca panas = major boob sweat.

3. ELAKKAN FABRIK TERLALU NIPIS

Kerana ia hanyalah akan lebih melekat kepada kulit tubuhmu sesaat apabila anda mula berpeluh. Jadi carikan fabrik nipis yang mempunyai struktur seperti sulaman atau jahitan agar ia tidak melekat kepada kulit.

4. PILIH FABRIK NATURAL

Contohnya seperti fabrik kapas yang lebih breathable daripada poliester dan rayon. Ia juga lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat, dan bermakna ia tidak akan membuatkan anda berpeluh lebih lama daripada memakai pakaian yang diperbuat daripada fabrik sintetik.

5. ELAKKAN PERINCIAN SARAT SEPERTI MANIK DAN METAL

Ia cenderung untuk menarik ke bawah bajumu jadi ia lebih dekat kepada kulitmu dan memerangkap haba badan. Cuba memakai baju berpaten untuk memberi impak unik kepada outfit anda.

6. SAIZ BEG ANDA

Perkara terakhir yang anda mahukan ialah untuk backpack tersekat di belakang badan anda. Beg bersaiz kecil akan buatkan anda lebih bebas untuk bergerak dan ringan.

7. LINDUNGI KULITMU DARIPADA SINARAN CAHAYA MATAHARI

Direct sunlight bukan sahaja merbahaya, malah ia meningkatkan suhu badan. Sleeves are your best friend.

8. STICK TO LIGHT COLOURS

Rona gelap menyerap cahaya dan membuatkan kamu berasa lebih panas, manakala rona cerah pula akan memantulkan cahaya dan mengekalkan tubuhmu jadi lebih sejuk.

9. PAKAI BARANG KEMAS SECARA MINIMAL

Anting-anting terkecuali kerana ia tidak menyentuh kulitmu, tapi aksesori seperti rantai, gelang dan cincin akan buatkan anda berasa tidak selesa secara serta merta apabila cuaca mulai panas.

Sumber : https://cosmopolitan.my/9-tip-fesyen-ini-khas-buat-wanita-cepat-berpeluh/

Leave a Reply

Your email address will not be published.