5 Kaedah Mudah Untuk Empukkan Daging yang Liat Dalam Masa yang Singkat

Daging memang sedap. Tapi kita selalu tertanya-tanya kenapa bila kita makan daging dekat Restoran hidangan daging itu bila digigit selembut tauhu tapi bila kita masak sendiri di rumah “Aduhai boleh tercabut gigi dibuatnya”.

Jangan risau berikut ada 5 Cara dan Kaedah untuk lembutkan daging yang liat dalam masa yang singkat.

1. Rebus Daging Terlebih Dahulu

Kaedah ni paling ‘basic’. Mak-mak kita dulu pun bila nak goreng daging, mesti mereka akan rebus daging terlebih dahulu. Setelah empuk, barulah akan digoreng dan sebagainya. Sewaktu merebus daging , ada juga pelbagai bahan yang dicampur supaya daging dapat lembut dengan cepat. Antaranya ialah dengan rebus daging bersama dengan sudu stainless stell, daun pisang abu, daun nangka, tebu, batang ubi kayu, buah pinang tua dan sebagainya. Memang berkesan.

2. Hiris Daging Nipis

Jika anda kesuntukan masa untuk rebus daging tetapi perlu juga masak. Boleh guna kaedah ni. Hiris daging nipis-nipis secara melintang urat. Kemudian masaklah seperti biasa. Anda juga perlu buang segala lemak dan urat yang ada. Barulah daging tidak terlalu liat dan enak untuk dinikmati.

3. Ketuk Daging

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengetuk daging atau meat tenderizer. Caranya ialah dengan mengetuk daging agar otot-otot yang yang keras menjadi lebih lembut apabila dimasak.

4. Perap Daging Sebelum Masak

Anda juga boleh menggunakan teknik perapan untuk melembutkan daging tetapi kaedah ini memerlukan anda menyiapkannya dengan lebih awal. Caranya mudah sahaja. Perap daging menggunakan bahan-bahan berasid seperti jus limau, lemon, cuka atau jus nanas antara 2-24 jam. Bahan-bahan ini mampu melembutkan daging secara semulajadi bahkan menjadikan daging lebih enak apabila dimasak.

5. Guna Periuk Tekanan

Cara paling mudah! Jika anda ada periuk tekanan atau ‘pressure cooker’, gunakan sahaja. Lagi jimat masa, mudah dan dijamin lembut masakan anda. Jika guna periuk tekanan niu, tidak perlulah anda nak rebus, perap atau ketuk daging. Sediakan rencah masakan dan masaklah seperti biasa. Memang mudah! Perut pun cepat kenyang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.