Kuih Cucur Badak

Bahan-bahan A (inti)

  • ½ biji kelapa parut
  • 100 gram udang kering (rendam dan kisar)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 7 tangkai lada merah
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak


Bahan-bahan B (doh)

  • 250 gram keledek (rebus dan lenyek)
  • 3 ½ sudu makan tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ½ kg minyak masak (untuk menggoreng)


Cara-cara A (inti)

  1. Panaskan minyak, Masukkan semua bahan yang telah dikisar, Masak hingga menggelegak.
  2. Masukkan kelapa selepas itu kacau rata dan tutup api dan ketepikan.


Cara-cara B (kuih)

1) Gaul rata semua bahan doh kecuali minyak masak membentuk doh. Tambah tepung sedikit demi sedikit sekiranya doh lembik dan melekat.

2) Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat sebesar bola golf, Isikan inti di tengah tengahnya.

3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.

4) Goreng doh yang telah diisi inti sehingga keemasan. Angkat dan tos.


*Blog: https://www.aziekitchen.com/2011/12/cucur-badak.html

Leave a Reply

Your email address will not be published.